Bila untuk membalikkan suntingan Wikipedia:Membalikkan_laman_ke_versi_terdahulu

Balikkan kesan laku musnah dan suntingan-suntingan seumpamanya, tetapi balikkan suntingan jujur selepas membincangkan perkara itu sahaja. Pembalikan ini boleh menghapuskan "perkara yang bagus", melemahkan semangat penyunting lain, dan mencetuskan "perang sunting-menyunting". Jadi, jika anda rasa suntingan itu tidak memuaskan, lebih baik anda tingkatkan mutunya. Begitu juga, jika hanya sebahagian suntingan yang bermasalah, lebih baik ubah bahagian itu daripada membalikkan seluruh suntingan.

Jika anda ada perubahan yang dibalikkan secara jujur, jangan pulihkan suntingan anda itu - biarkan status quo itu sahaja. Jika timbulnya pertikaian, status quo dibiarkan sehingga sepersetujuan dicapai untuk membuat perubahan. Daripada terlibat dalam perang sunting-menyunting, usulkan perubahan anda yang dibalikkan itu dalam laman perbincangan rencana atau cari cara lain untuk menyelesaikan pertikaian.

Jika anda tidak pasti sama ada untuk membuat pembalikan atau tidak, mula-mula usulkan pembalikan itu dalam laman perbincangan rencana itu. Jika adanya sebab untuk percaya bahawa pengarang bahan bermasalah itu tidak akan didorong supaya mengubahnya, adakalanya penyunting memutuskan untuk memindahkan teks yang dipersoal itu kepada laman perbincangan sendiri, jadi teks itu tidak dihapuskan langsung.